Wednesday 31 December 2014

Good bye 2014....Welcome 2015

Assalamualaikum....


Tinggal berapa jam lagi mau masuk tahun 2015...banyan kejadian sedih menimpa negara kita...negara jiran...Dan negara yang sedang bergolak di negara Islam...semoga Allah S.W.T melindungi kita Dari terus dilanda musibah...

List tahun 2015

Keutamaan pada kesihatan diri dan amal ibadah kepada Allah S.W.T. dan makhluk di muka bumi ini

Kerja yang bagus

Kumpul duit simpanan Banyak2

Pindah rumah

Melancong

Pergi Umrah Bersama family

Cari jodoh sampai jumpa

Sunday 28 December 2014

Dividend ASB tahun ini turun

Assalamualaikum...


Pembukaan semula urus niaga ASB pada 02 Januari 2015...jadi jangan lupa kasih update korang punya buku pelaburan ASB..

Dividend ASB Turun sebanyak 0.3% Dari 8.7%-8.5% pada tahun lepas...mungkin disebabkan tahun 2014 nie pelbagai musibah yang berlaku kepada negara kita sehinggakan ramai pelabur berfikir banyak Kali untuk melabur..

Kehilangan misteri MH370, MH17 ditembak jatuh, bencana alam (banjir, tanah runtuh), penculikkan di Sabah, penurunan Mata Wang ringgit Malaysia memberikan impak yang besar kepada perkembangan ekonomi negara kita..

Namun, disini saya ingin berkongsi bagaimana until mengira keuntungan basil pelaburan yang kita buat melalui ASB ini...

Saya copy daripada blog eimiza.net...
terdapat beberapa Cara penggiraan dividend..

Case 1:
Simpan sejumlah wang pada awal tahun
Tiada pengeluaran/penambahan saving dilakukan sepanjang 12 bulan
Case 2:
Ingin membuat pinjaman ASB
Mengetahui anggaran keuntungan setahun dan purata sebulan
sila gunakan calculator ini: http://eimiza.net/blog/form1.php

Case 1:
Simpan secara tetap setiap bulan sebanyak RM500/month
Tiada pengeluaran di lakukan sepanjang 12 bulan
Case 2:
Simpanan secara tidak tetap setiap bulan
Tiada pengeluaran di lakukan sepanjang 12 bulan
Case 3:
Simpanan secara tidak tetap setiap bulan
Ada pengeluaran di lakukan sepanjang 12 bulan
sila gunakan calculator ini: http://eimiza.net/blog/form2.php
kalau nak detail pasal kes-kes tadi sila layari blog http://perjalananku.com/?p=2220, aku perlukan feedback.. please komen, thanx y’all!!

Thursday 25 December 2014

Last meeting T..T


Aunty Noi Dan cousins...huhu sedih gak sebab dorang akan pindah jau nun di semenanjung Sana..31 Dis nie diorg barangkat..Ayah dorang dapat transfer Kat Seberang Prai, Pulau Pinang...tapi untung juga...kampung ayah dorang dekat dah..Kat Perak jer..

Bilalah dapat bertemu kembali...?..dorg antara cousins yang baik..semoga adik2 jaga diri baik2..ya...akak doakan kita berjumpa lagi..amin

Tuesday 23 December 2014

Akhir tahun dan awal tahun

Banjir dan tanah runtuh

Hujun semakin lebat di akhir tahun dan awal tahun...sehingga menyebabkan beberapa negeri di semenanjung Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang...mungkin negeri yang lain bakal menyusul..

Selepas tu, Sabah dan Sarawak pula bakal menempuh banjir...tapi sekarang...Daerah Tenom mulai dilanda banjir....kalau empangan di Tenom dilepaskan...Daerah Beaufort pula yang dilanda banjir yang dasyat seperti tahun2 lepas..

Nasib baik masih cuti sekolah..tapi kalau di Sabah dan Sarawak mesti terkena banjir masa buka sekolah...apapun...kita mesti siap sedia dalam menempuh bencana alam ini..

walaupun aku xpernah atau terpaksa berpindah sementara di tempat perlindungan mangsa banjir...kita haruslah sentiasa:
  • menyediakan segala dokumen penting seperti surat beranak, sijil persekolahan, sijil kenderaan, sijil @ geran rumah dan sebagainya.
  • menaikkan barangan yang penting ke tempat tinggi..
  • menyediakan barangan keperluan dengan mencukupi seperti beras, minyak, makanan dalam tin dan segera, telur, gula, tepung, air mineral, ubat-ubatan, biskut,..dan sebagainya.
  • peka terhadap perkembangan isu banjir melalui television, radio, dan sumber2 yang boleh dipercayai..



Monday 22 December 2014

Pengalaman buli pada aku

Aku sendiri pernah mengalami situasi kena buli d sekolah..pertama kali aku kena buli masa aku di darjah 2..masa tu aku masih sekolah di kudat..aku  kena buli dengan ditarik kerusi semasa mau duduk...habis 1 kelas ketawa...selain itu..pernah juga aku kena serangan seksual oleh budak lelaki yang duduk sebelah aku...naik rimas aku di pegang2 tangan..konon takut aku lari...last2 aku minta guru kelas buat rombakan tempat duduk..alhamdulillah...selamat aku..kalau x..mau stress aku sepanjang waktu pembelajaran..

Tapi..aku pernah juga buli kawan aku masa di sekolah agama...aku conteng kasut dia guna pensel...emm...sorilah kawan..kenapalah aku macam begitu dulu...nasib baik dia tidak kasih tau bapanya..dahlah bapanya polis...hehe

lepas tu...aku pindah sekolah di Pitas masa aku darjah 5...aku tidak tau lah jadi budak baru memang nasib macam tu...aku kena buli dengan tudung aku selalu kena tarik oleh samseng2 @ budak2 nakal sekolah...sampai menangis aku dorang buat macam tu...hari2 lagi 2..lagi stress daripada masa aku di kudat...bukan itu saja...makanan bekal aku selalu kena rampas oleh dorang...sedih juga lah sebab mama aku yang begitu sibuk kerja ada masa lagi buatkan aku bekal tapi budak lain suka2 rampas makanan aku..T..T

Mungkin pengalaman mengajar aku untuk lebih kuat...masa tu aku di darjah 6..dekat2 exam UPSR..trial mungkin...aku lupa..tapi masa tu macam exam..budak2 nakal nie dorang suka2 minum air aku...aku apa lagi...dahlah stres kita jawab exam...samseng2 sekolah nie pula kacau..aku terus buang botol air depan dorang..terus kecut perut dorang..dari situ dorang tidak berani lagi kacau aku..itulah pengalaman masa aku di sekolah rendah..

masa di sekolah menengah pula aku jadi keras hati...mungkin masa aku di tingkatan 1-3 aku sekolah agama di Papar..pergaulan lelaki perempuan terbatas..

Apabila pindah ke sekolah biasa..aku dicap sebagai budak sombong pula..hahaha..peduli apa aku..sampai lelaki satu kelas aku masa di tingkatan 5 baru dorang berani mau berkawan dengan aku...hehe..

kalau aku..xmau cari musuh...kalau sesiapa yang belum kenal aku memang kata aku ni budak sombong terutama kepada lelaki..sampaikan perkataan 'sombong' tu melarat masa aku sambung belajar di universiti..tapi bukan sombong perkataannya..ia diganti dengan 'kerek'...haha...mula2 tu aq xtau apa maksudny...agak pelik juga lah..sebab kalau diikut masa di U...aku sbenarnya friendly jglah..(mungkin) hehe..itulah yang aku kata tadi..kalau yang belum kenal aku mesti kata macam tu...tak kenal..maka x cinta...

Mcm nie laa..aku kalau boleh nak baik dengan semua orang...so...kalau sesiapa yang sendiri takut nak tegur aku tu...memang tak adillah mengata aku ni sombong...

Cuba kita saling tegur secara baik2...insha Allah persahabatan akan terjalin..

cuma...secara jujurnya...aku amat berhati2 dalam memilih kawan...bukan apa...zaman sekarang ramai yang jadi kawan makan kawan...boleh berkawan dengan sesiapa saja...tapi ada batas yang patut kita hormati dan fahami..


Thursday 18 December 2014

Hujan lagi

Assalamualaikum...


Hari ini hujan lagi..Susah mau keluar berurusan..mesti Ada jalan kena banjir lumpur..harap esok cuaca baik...


Wednesday 10 December 2014

Ingin mencarum KWSP


Sesiapa yang masih belum buka/ mendaftar sebagai ahli kwsp, bolehlah mendaftar sebagai sukarela kwsp...

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai skim ini:
 
A. TUJUAN
  1. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap (contoh: pemandu teksi, penjaja, petani, suri rumah dan nelayan), mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
  2. Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bertujuan menggalakkan golongan orang yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.
  3. Rasional pelaksanaan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah bagi:
    a)  Menyediakan saluran untuk golongan orang yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
    b)  Meningkatkan jumlah golongan orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP.
    c)  Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada golongan orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
    d)  Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 
B. PERMOHONAN PILIHAN SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
B1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. ‘Orang yang Bekerja Sendiri' ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja; DAN
  3. Merupakan ahli KWSP (Jika belum menjadi ahli, perlu mendaftar di kaunter KWSP dengan menggunakan MyKad atau melalui mel dengan mengemukakan Borang KWSP 3 dan salinan kad pengenalan).

B2. CARA MEMOHON
  1. Menggunakan Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (KWSP 16G(1M))yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau dimuat turun dari laman web ini.
  2. Serahan permohonan di kaunter KWSP atau melalui mel.

C. BAYARAN CARUMAN - SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
C1. SYARAT-SYARAT BAYARAN - SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
  1. Telah mendaftar sebagai pencarum Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia;
  2. Amaun bayaran minimum caruman adalah RM50; DAN
  3. Had maksimum RM60,000 setahun berkuatkuasa Januari 2013.
Nota:
Had maksimum terkumpul bagi Caruman Pilihan Sendiri, Caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dan Caruman Penambah Simpanan adalah sebanyak RM60,000 setahun.

C2. CARA MEMBUAT BAYARAN SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
  1. Menggunakan Borang Bayaran Simpanan Persaraan 1Malaysia - KWSP 6A(2) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau laman web KWSP.
  2. Borang KWSP 6A(2) hendaklah diserahkan bersama tunai/cek di Kaunter KWSP/mel atau di kaunter ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB, PBB dan BSN.
 
C3. SUMBANGAN KERAJAAN DAN PENGKREDITAN - SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA
  1. Di samping dividen tahunan, Simpanan Persaraan 1Malaysia juga akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 10% tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM120 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2014). Sumbangan Kerajaan ini hanya untuk tempoh 4 tahun mulai tahun 2014 – 2017.
  2. Ahli yang mempunyai caruman majikan secara tetap (bekerja dan mempunyai pendapatan tetap) tidak layak untuk menerima sumbangan kerajaan.
  3. Sumbangan kerajaan hanya terhad kepada ahli yang berumur kurang 55 tahun sahaja.
  4. KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan sebanyak 2 kali setahun berdasarkan caruman bagi tempoh separuh tahun pertama dan separuh tahun kedua setiap tahun. Sumbangan Kerajaan akan dikreditkan ke akaun ahli sebaik sahaja ianya diterima daripada pihak Kerajaan.
D. PERTANYAAN
 Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, sila hubungi:
• Mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran
• Pusat Pengurusan Panggilan KWSP, Tel: 03-89226000
• Enquiry
Sila nyatakan nombor Kad Pengenalan anda atau nombor ahli KWSP apabila berurusan dengan KWSP. 

Terima kasih Zalora Dan GDEX

Assalamualaikum..

Cepat Dan tepat..Ini yang aku suka untuk mengatakan yang penghantaran dibuat oleh GDEX memang terbaik..sebab dalam laman Zalora kalau penghantaran Sabah Dan Sarawak memakan masa 4 hari...tapi hari Ini dah sampai..terkejut juga aku...


Hehe..alhamdulillah...

Ada disertakan slip pemulangan barang selama 30 hari...




Saturday 6 December 2014

Hadiah untuk Mama

Hari Jadi mamaku hampir Tiba...time krismas (25/12/2014)..percaya tak?..hehe..jadi aku pun search lah nak belikan mamaku nie apa...sekali masuk ke laman Zalora...Ada potongan istimewa untuk akhir tahun ataupun krismas..special SALE sehingga 80%...korang bolehlah ke link Zalora...

Yang penting penghantaran dan pemulangan adalah percuma..

Kebanyakkan paten yang aku suka jenama drpd AR by Alfio Raldo sbb patennya cantik2 blaka..yg lain dr Unisa..

Unisa
Color Block Croc Skin Pattern Shoulder Bag
RM149.00 (60% off)
RM59.00

AR by Alfio Raldo
Classic Tote Bag
RM299.90 (70% off)
RM89.90

AR by Alfio Raldo
Casual Shoulder Bag
RM299.90 (67% off)
RM99.90

AR by Alfio Raldo
Dual Tone Sweet Ribbon Satchel
RM329.90 (70% off)
RM99.90

AR by Alfio Raldo
Front Zipper Satchel Bag
RM329.90 (70% off)
RM99.90

AR by Alfio Raldo
Sleek Tote Bag
RM329.90 (70% off)
RM99.90

AR by Alfio Raldo
Textured Handle Tote Bag
RM299.90 (67% off)
RM99.90


AR by Alfio Raldo
Two Tone Double Handle Bag
RM329.90 (70% off)
RM99.90

Huhu..pening kepala nak pilih..kalau diikut byk lagi pilihan..tapi takat nie jak lah aku letak untuk dibuat penilaian secara teliti..haha..yang mana satu ya?..


Tarikh-tarikh Penting Cuti Umum Malaysia 2015

Nampak cantik jer nie kalender...aku ambil Dari laman Astro Awani...korang boleh bajet cuti korang tahun depan..



Thursday 4 December 2014

My 1st Diary

As salam...

sebelum nie aku cerita tentang cara mengatasi masalah dalam beberapa topik yang sudah..

Jadi...aku rasa ni 1st entry aku nak kongsi pasal sejarah hidup aku...erm..mesti adakah yang sudi mendengar cerita aku ini?....takpela...apa yang penting...ini blog aku..so..apa yang aku rasa nak cerita...suka akulah kan?...jangan jak sampai kena cari pakcik polis disebabkan cerita yang x sepatutnya...

aku anak kedua dari 2 orang adik beradik...tinggal kat Pitas tapi asal sebenar dari Kudat...Insya Allah 1 tahun lagi kami sekeluarga pindah balik...aku sebenarnya tidak suka tempat aku tinggal sekarang...sebab dahlah takda air...bank pun tiada...stesen minyak pun enggak ada...aduh...nyebelin deh...

asal hujung minggu jak aku turun ke kota marudu untuk beli barangan dang keperluan dapur...Dari Pitas ke Kota Marudu memakan masa 50 minit kalau ikut cara aku bawa kereta laa...60 kilometer sejam...nak save minyak punya pasal...bawa kereta laju2 buat apa juga....bukan lari kedai 2...stay jak tunggu kedatangan aku untuk membeli barangan dia...kenapa aku sanggup turun setiap minggu?...walaupun sayang minyak kalau jalan minggu2...sebabnya aku bosan duk rumah hujung minggu nie...lebih2 lagi kereta aku memerlukan makanannya untuk sentiasa bergerak...

selang 2 minggu sekali aku balik Kudat dan stay 2 hari kat rumah sana...kat kudat best sebab ada air...bilik sendiri..boleh cuci2 mata di kedai2...boleh jalan2 kat Tanjung Simpang Mengayau...hehe...kalau kat Pitas...dahlah tidur kat ruang tamu sebab bilik aku berkongsi ngan parent...dah bujang nie...malas pula nak tidur dalam...panas lagi...kalau di luar...boleh control tv sampai pagi...haha...sampai bil elektrik melambung disebabkan akulah...apa boleh buat...

tapi sebenarnya aku bersyukur juga la tinggal kat Pitas nie...iyalah...kita sebenarnya dapat berjimat cermat kalau jarang jalan...walaupun tinggal di kampung, tapi stail macam budak bandar...masa aku kat u dulu dorang tak percaya aku tinggal kat kampung...korang cuba la Google Pitas kat sini...

Pitas town view.
Pekan Baru Pitas

Pitas ni daerah baru nak naik...tapi naiknya amatlah lembap...stesen minyak Petronas belum siap2...nasib baik ada yang jual guna subsidi yang tong minyaknya cepat habis.,..aku tidak pernah isi kat tempat tu..sebab aku dengar orang lain kata si penjual campur air kat minyak itu...haha...sekadar khabar angin...aku iyakan jer...

Hehe...sorilah warga Pitas....aku dah 14 tahun tinggal kat sini tapi boleh tolak 3 tahun aku belajar kat Papar dari tingkatan 1-3 dan 3 tahun aku study kat Labuan...tahun depan masuk 15 tahun...kadang2 sampai gaduh aku ngan parent sebab aku nak tinggal di kudat..tapi bila fikir balik...macam kesian juga kat dorang..dah la 2 jer anak...ada 14 ekor kucing...ayam berpuluh2 nak dijaga...ikan lagi nak disuap makan..haha...jadi tahan jer hati...setahun jer ya nak...

Mama aku hujung disember tahun depan (2015) nak pencen dah...kemudian bapa aku ikut dari belakang pada tahun April 2016...erm..T..T...aku hanyalah manusia biasa..sabar memanglah sabar...tapi...tapi....arg....belum masanya lagi aku nak luahkan masalah sebenarnya...

oklah...nanti lagi aku sambung ya...cari kekuatan dulu nak meluahkan semua isi hati yang aku pendam selama ini..ini kerana aku selalu rasa macam ada penyakit kemurungan...tak tenang hati bila sentiasa ingat masalah itu..sebab tak dapt diluah2...

Wassalam




Wednesday 3 December 2014

Apa yang perlu kita lakukan semasa mencari ikhtiar hidup.



Sesat..Satu situasi yang perlu dipelajari bagaimana kita mengatasinya apabila sesat di dalam hutan mahupun di sesebuah pulau...situasi ini sering berlaku kepada sesiapa yang pergi berkhemah dan menjalani aktiviti cabaran bersama rakan-rakan...tapi ada yang tidak selamat apabila mereka sesat dan mereka menjadi putus asa untuk hidup setelah berhari2 di dalam hutan...

Beberapa perkara yang perlu ada pada kita yang suka menjalani aktiviti berkhemah ini...
1) Mancis ataupun pemetik api (besi)atau kanta
2) Pisau
3) Baju tebal
4) Ubat-ubatan
5) Kompas
6) Air minuman
7) Gula2
8) Kasut yang sesuai
9) Tali
10) Bekas Makanan..

untuk memudahkan semua benda diatas dapat kita bawa, anda seharusnya menyediakan beg yang sesuai untuk memuatkan semua benda tersebut...jangan mengisi terlalu banyak kerana iya akan memberatkan pergerakkan anda nanti.,

Tapi ingat, sebelum anda memulakan aktiviti adventure anda, bagitau keluarga dan rakan terdekat anda agar mereka tahu anda berada di mana dan berapa hari anda berkhemah..iya memudahkan mereka mengetahui anda hilang atau sesat setelah sekian lama tidak menghubungi mereka..

7 Cara sekiranya anda sesat di sesuatu tempat..

1) Mencari tempat sesuai untuk melindungi diri anda daripada hujan, panas dan binatang berbahaya..

Tempat yang sesuai ialah diatas berhampiran dengan sungai ataupun laut..Cari daun seperti daun pisang dan kelapa untuk dijadikan alas untuk anda tidur nanti...anda juga boleh membuat atas daripada daun pisang dan daun kelapa.

2) Mencari makanan

Anda seharusnya tahu jenis2 makanan yang ada didalam hutan seperti ubi kayu, buah2an, air bersih dan sebagainya...anda juga haruslah belajar bagaimana menangkap ikan dan ayam, burung atau binatang yang ada boleh dimakan. Anda juga haruslah mencari air yang bersih dan masak dahulu sebelum minum bagi menggelak anda kekurangan air didalam badan. Ia dapat membantu anda untuk membekalkan bekalan tenaga dan lemak di dalam badan agar anda tidak mudah jatuh sakit akibat kekurangan makanan dan air..

3) Cuba sedaya upaya keluar daripada hutan yang tebal

Ada gunanya kompas dan peta apabila anda berada di hutan..ia akan membantu anda untuk keluar dari hutan menuju ke pantai..di pantai dapat memudahkan anda meminta pertolongan..namun ia memakan beberapa hari untuk sampai ke pantai..jadi anda perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk segera keluar dari hutan yang tebal.

4) Membuat isyarat

Apabila anda sampai di pantai, anda boleh membuat isyarat pertolongan melalui udara dan laut..caranya anda haruslah mencari ranting kayu dan rumput atau daun kering untuk dihidupkan api...buat sebanyak 3-5 unggun api untuk memperbanyakkan asap agar senang dinampak oleh penyelamat.

5) Sentiasa peka kepada persekitaran

Kita seharusnya peka kepada persekitaran di tempat kita berada..walaupun penat, kita haruslah bersemangat untuk terus hidup dan memikirkan bagaimana untuk terus hidup dan meminta bantuan..kadangkala seseorang itu lalai sehingga tertidur dan tidak sedar akan pertolongan yang dibuat.

6) Membuat sampan atau rakit.

Cara ini disyorkan kepada sesiapa yang berani dan pandai membuat rakit atau sampan..ia memerlukan keberanian untuk menyeberangi lautan..Anda seharusnya tahu berenang..ini kerana sekiranya berlaku semasa anda dilautan..kemahiran berenang dapat membantu anda menyelamatkan diri.

7) Tawakal dan Berdoa 

Kita sebagai umat Islam seharusnya tahu walaupun kita ditimpa kesusahan, ada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang..berdoalah kepada Tuhan dan meminta kepadaNya agar kita sentiasa dilindungi dan diberi kemudahan agar kita dapat menghadapi hidup ini..Walaupun kita sesat, sembahyang dan doa dapat mengurangkan kekusutan dan kesedihan yang melanda diri kita ketika itu..Insya Allah...Allah akan mempermudahkan..

Kegilaan Membeli Belah Atas Talian




Beli hanya di hujung jari sahaja...itulah ungkapan yang sering kali kita dengar daripada pengemar Online Shopping ini...ada yang sanggup bergaduh suami isteri sebab si suami tak tahan dengan pemborosan si isteri membeli belah melalui online shopping ini...

Contohnya, baru2 ini berlaku sepasang suami isteri bertelagah di ruang Facebook Zalora...sampaikan pihak Zalora mengatakan kelakuan mereka ini 'tersangatlah comel'..bagi aku...sikap si isteri ini memang gila shopping lah...kalau aku yang jadi suami dia...memang akan naik geram dan marah....

Ikutilah persembangan antara Radli Ali(suami), Nuzaimah Ideris (isteri), dan Pihak Zalora di laman Facebook Zalora...

 

Bagi aku, kegilaan membeli belah atas talian ini memang tidak dapat dibendung lagi...apatah lagi produk yang ditawarkan oleh portal2 online shopping ini menarik minat sesetengah pihak sehingga sanggup membelinya tanda membuang masa...Pelbagai promosi yang hebat ditawarkan kepada pembeli untuk menarik minat mereka untuk membeli di laman portal pilihan mereka secara lebih kerap..selain itu, kos penghantaran yang percuma dan cepat dari sesetengah penjual online memberikan tanggapan yang baik kepada para pembeli mereka untuk mereka melanggan semula aktiviti pembelian mereka...

Kepercayaan yang diberikan kepada pihak penjual di atas online amatlah memberangsangkan untuk si pembeli membeli produk yang mereka idamkan..lebih2 lagi pelbagai testimoni dan komen daripada Wechat, Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram pembeli terhadap produk yang mereka terima amat memuaskan hati mereka dari aspek kualiti barang mengikut cita rasa pembeli dan masa penghantaran yang cepat memberikan lagi inspirasi yang baik daripada penjual online...

Tapi, kita mesti ingat bahawa bukan mudah untuk kita mempercayai 100% tentang produk yang dipromosi di laman internet ini...kita sebagai pembeli seharusnya bijak dalam penelitian dan membuat keputusan untuk membeli..kita seharusnya mendapatkan maklumat dahulu daripada pelbagai aras informasi yang meluas di internet...

Faktor keselamatan tentang pembelian di atas talian ini perlulah dititikberatkan oleh pembeli sebelum membuat keputusan membayar produk yang kita beli diatas talian...contohnya, dari segi pembayaran...kita hendaklah memastikan akaun penjual adalah tepat dan segala butiran peribadi kita dijamin selamat..

segelintir pembeli suka membeli barang dengan Kad kredit...ini adalah tektik mereka untuk mendapatkan bonus yang menarik daripada hasil penggunaan Kad Kredit mereka..perkara seperti ini memberikan kesan kepada pembeli sehingga hutang mereka melambung tinggi sehingga ada yang tidak dapat membayar dengan penuh disebabkan pendapatan bulanan mereka kurang daripada hasil pembelian mereka seharian...ini menyebabkan kadar bunga hutang semakin bertambah dan membebankan pengguna Kad kredit.

Pengalaman aku dalam Online Shopping ini ada yang memuaskan hati ada juga yang tidak...terutama pembelian baju...kadang2 apa yang kita nampak di dalam internet baju tu nampak besar dan tidak rosak...tetapi sekali kita terima..baju tu kecil dan ada cebisan koyak...kata penjual online...memang trend baju itu...

Namun, pembelian di atas talian yang aku paling suka adalah membeli novel yang kita minati..penghantaran pun free dan cepat...tahniah kepada Karyaseni, Kaki Novel dan Fajar Pakeer...

Jadi, saranan saya kepada pengemar membeli belah di atas talian ini, berwaspadalah dalam aktiviti pembelian anda...jangan sampai anda menanggung beban hutang dengan pembelian yang telah anda lakukan...sebab kadang2 apa yang kita beli, kita tidak guna pun...ia satu pembaziran yang mengikut hawa nafsu anda..Jadi...belilah secara berhemah dan belilah barangan yang memang betul2 kita perlukan dalam hidup seharian...



Kemahiran yang Perlu ada Pada Wanita Tentang Kenderaan


Pengguna jalan raya seperti wanita selalunya dipandang serong oleh sesetengah pengguna lelaki di jalan raya..apabila kita membawa kenderaan pelahan...mulalah kenderaan lain hinkan kenderaan kita untuk lebih laju lagi..

selain itu, wanita selalunya mempunyai masalah dalam mengendalikan kenderaan mereka..mereka selalunya kurang mahir dalam struktur kenderaan mereka lebih mendalam lebih2 lagi pasal enjin kereta..jadi..beberapa perkara yang perlu ada pada wanita untuk lebih dihormati di jalan raya mahupun dimana saja..

1) Memandu Kereta dan Motosikal

Sebelum anda memandu kenderaan anda ataupun menunggang motosikal...perkara wajib yang anda perlu ada adalah mempunyai Lesen Memandu..macam saya...saya ada Lesen Memandu Kelas B2 (motosikal) dan Kelas D (kereta)..adanya lesen ini...anda boleh memandu dengan tenang di jalan raya tanpa rasa takut apabila ada Road Block oleh Polis dan JPJ.

2) Memeriksa Kenderaan Sebelum Memulakan perjalanan.

Wanita selalunya ambil remeh tentang memeriksa kenderaan mereka sebelum memulakan kenderaan mereka...macam saya..main redah jer...apabila sampai stesen minyak...check tayar...agak kempis juga...nasib tayar bukan guna tubeless (tanpa tiup)..jadi kalu kempis sikit boleh jalan lagi..

Tips...check keadaan tayar sebelum memulakan perjalanan anda..kalau tayar dah botak..cepat2lah p tukar tayar bagi mengelak kemalangan dan disaman..check air kenderaan..lampu brek..selaraskan cermin sisi dan tengah mengikut keselesaan anda..wiper..

Jangan lupa apabila sampai masa untuk Servis Kenderaan anda..lihat pada kilometer yang telah ditandakan oleh pihak Servis kenderaan anda...kalau saya...saya ikut jarak kilometer dan bukan bulan yang sepatutnya kita pergi servis...ini kerana saya jarang bawa kereta..jadi minyak enjin masih bersih lagi kalau ikut bulan servis..

3) Tahu selok Belok Jalan

Sebagai wanita...kita seharusnya tahu selok belok jalan raya dengan betul..penggunaan GPS amat berguna kepada wanita apabila berada di bandar..seperti saya..saya selalunya pergi check GPS dahulu untuk mengetahui jalan yang kita tidak tahu..selepas itu..hafal jalan itu mengikut pelbagai arah jalan..supaya senang kita nak ikut jalan mana yang dekat atau jauh untuk sampai ke destinasi yang dituju...

4) Membasuh Kenderaan

Kalau sya...memang agak liat kalau basuh kereta sendiri sebab bukan apa...sekarang musim kemarau..asal nak p cuci kereta...mesti time tu takde air...terus terhapus niat nak mencuci kereta...bila nak pergi Car Wash pula...mesti ada masalah..kadang2 lepas kita cuci...dalam perjalanan pulang ke rumah...tiba2 hujan...kan tak sakit hati..dahlah bersih berkilat kita cuci dia...tiba2 hujan kotor balik...smpai rumah pula air takde...terpaksa tunggu bila lagi nak jalan untuk cuci di Car Wash..

Tips nak cuci kereta kalau nak berjimat...cuci sendirilah kat rumah kalau takde masalah air...tapi kalau ada masalah air tu...sebulan sekali boleh cuci kereta di Car Wash..itupun tengoklah tahap kekotoran yang ada kat badan kereta tu..

4) Isi Minyak

Bagi sesetengah wanita mesti mempunyai masalah tentang mengisi minyak..sampai ada yang minta bantuan daripada pekerja stesen minyak itu..kalau aku paling suka isi minyak...iyalah..kita dapat tahu berapa penggunaan minyak kita guna dan harga yang sepatutnya kita tahu...so..dapatlah kita bajet berapa nak isi selepas ni.

Tips dari saya ialah isi penuh kenderaan anda untuk mengetahui berapa yang telah kita guna...harga minyak sekarang tidak menentu...kejap naik kejap turun...disini kita dapat lihat berapa yang kita perlu tahu dalam mengisi minyak secara penuh...ada yang kata kalau isi minyak kenderaan beratlah apalah...

tapi apabila isi minyak secara penuh...mesti berlaku pertumpahankan?..hehe..ada cara supaya minyak tidak tumpah...kita boleh selitkan besi dekat tempat kita tekan minyak tu di tahap pertama...apabila muncung minyak terkena minyak...secara automatik minyak akan berhenti mengisi..anda boleh mengisi secara manual sebanyak RM3 hingga RM 5 untuk tambahan isian minyak..ini adalah cara sayalah..

5) Parking Kenderaan

Ramai wanita di luar sana takut apabila melibatkan parking kenderaan mereka...kalau kereta kecil senanglah nak parking...tapi bagaimana yang mempunyai kenderaan besar?..

Tips terbaik adalah cara tempat parking yang sesuai dengan saiz kenderaan anda...lepas tu parking secara membelakang...ikut cara semasa anda belajar memandu di Latihan Memandu...ini kerana ia senang untuk meluruskan kenderaa dengan cara betul kerana adanya cermin sisi dan cermin tengah untuk kita lihat...kalau parking dari depan pula...selalunya mengambil masa yang lama untuk masuk dalam petak dengan betul...

6) Memandu pada Lorong yang sesuai

Perhatian kepada pengguna di bandar terutamanya wanita...mereka selalunya membawa kenderaan pada had laju yang rendah pada lorong laju..ini menyebabkan mereka selalunya menjadi bahan untuk di hon dan dimaki oleh pengguna yang lain...

Pilihlah lorong yang sesuai dengan had laju yang anda guna..sekiranya anda memandu kenderaan tidak laju...bolehlah ke lorong kiri untuk memberi laluan kepada pengguna jalan raya yang laju di lorong kanan..ini menggelakkan pergaduhan dan kemalangan di jalan raya...

7) Lampu Isyarat..

Berhenti apabila Lampu Merah...Jalan apabila Lampu Hijau..Kuning tanda bersedia untuk berhenti...
Semua pengguna jalan haruslah tahu undang2 Lampu isyarat ini bagi menggelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini..


 Yang penting kita seharusnya bijak dalam menentukan arah perjalanan kita...Buatlah perancangan dengan betul untuk memudahkan perjalanan anda dan selamat sampai ke destinasi yang dituju...Ingatilah orang yang tersayang...sayangilah diri anda..

Monday 1 December 2014

Bermula Bulan Baru dan Akhir Tahun 2014




Ist December 2014.....huhu..tak lama lagi tahun baru...umur makin meningkat....moga2 kesihatan makin sihat...rezeki makin bertambah...kuatkan semangat untuk tahun depan...perbanyakkan amal ibadah dan sedekah...Insya Allah hati sentiasa tenang dan aman damai hendakNya...amin...


sentiasa positif dalam menerima sesuatu perkara...jangan mudah melatah...banyakka bersabar...insya Allah kita akan memberikan nikmat yang secukupnya kepada makhlukNya yang sentiasa bersabar...


Kalender Tahun 2015


kalender Tahun 2015...Edisi Malaysia...Semoga di tahun baru nie tiada lagi kejadian yang menyayat hati dan perasaan kita...semoga tahun baru ini kita memperbanyakkan doa dan sedekahkan al-fatihah kepada yang sudah tiada (meninggal dunia)...

Al-Fatihah




Renung-renungkanlah...>..<


Day 9 (9th of November 2017) Fly back to BKI

Assalamualaikum w.b.t... Lepas check in luggage akak pun bergerak ke kastam, imigrasen, naik train dan ke pintu gate 125...jauh bebeno...