Wednesday 3 December 2014

Apa yang perlu kita lakukan semasa mencari ikhtiar hidup.



Sesat..Satu situasi yang perlu dipelajari bagaimana kita mengatasinya apabila sesat di dalam hutan mahupun di sesebuah pulau...situasi ini sering berlaku kepada sesiapa yang pergi berkhemah dan menjalani aktiviti cabaran bersama rakan-rakan...tapi ada yang tidak selamat apabila mereka sesat dan mereka menjadi putus asa untuk hidup setelah berhari2 di dalam hutan...

Beberapa perkara yang perlu ada pada kita yang suka menjalani aktiviti berkhemah ini...
1) Mancis ataupun pemetik api (besi)atau kanta
2) Pisau
3) Baju tebal
4) Ubat-ubatan
5) Kompas
6) Air minuman
7) Gula2
8) Kasut yang sesuai
9) Tali
10) Bekas Makanan..

untuk memudahkan semua benda diatas dapat kita bawa, anda seharusnya menyediakan beg yang sesuai untuk memuatkan semua benda tersebut...jangan mengisi terlalu banyak kerana iya akan memberatkan pergerakkan anda nanti.,

Tapi ingat, sebelum anda memulakan aktiviti adventure anda, bagitau keluarga dan rakan terdekat anda agar mereka tahu anda berada di mana dan berapa hari anda berkhemah..iya memudahkan mereka mengetahui anda hilang atau sesat setelah sekian lama tidak menghubungi mereka..

7 Cara sekiranya anda sesat di sesuatu tempat..

1) Mencari tempat sesuai untuk melindungi diri anda daripada hujan, panas dan binatang berbahaya..

Tempat yang sesuai ialah diatas berhampiran dengan sungai ataupun laut..Cari daun seperti daun pisang dan kelapa untuk dijadikan alas untuk anda tidur nanti...anda juga boleh membuat atas daripada daun pisang dan daun kelapa.

2) Mencari makanan

Anda seharusnya tahu jenis2 makanan yang ada didalam hutan seperti ubi kayu, buah2an, air bersih dan sebagainya...anda juga haruslah belajar bagaimana menangkap ikan dan ayam, burung atau binatang yang ada boleh dimakan. Anda juga haruslah mencari air yang bersih dan masak dahulu sebelum minum bagi menggelak anda kekurangan air didalam badan. Ia dapat membantu anda untuk membekalkan bekalan tenaga dan lemak di dalam badan agar anda tidak mudah jatuh sakit akibat kekurangan makanan dan air..

3) Cuba sedaya upaya keluar daripada hutan yang tebal

Ada gunanya kompas dan peta apabila anda berada di hutan..ia akan membantu anda untuk keluar dari hutan menuju ke pantai..di pantai dapat memudahkan anda meminta pertolongan..namun ia memakan beberapa hari untuk sampai ke pantai..jadi anda perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk segera keluar dari hutan yang tebal.

4) Membuat isyarat

Apabila anda sampai di pantai, anda boleh membuat isyarat pertolongan melalui udara dan laut..caranya anda haruslah mencari ranting kayu dan rumput atau daun kering untuk dihidupkan api...buat sebanyak 3-5 unggun api untuk memperbanyakkan asap agar senang dinampak oleh penyelamat.

5) Sentiasa peka kepada persekitaran

Kita seharusnya peka kepada persekitaran di tempat kita berada..walaupun penat, kita haruslah bersemangat untuk terus hidup dan memikirkan bagaimana untuk terus hidup dan meminta bantuan..kadangkala seseorang itu lalai sehingga tertidur dan tidak sedar akan pertolongan yang dibuat.

6) Membuat sampan atau rakit.

Cara ini disyorkan kepada sesiapa yang berani dan pandai membuat rakit atau sampan..ia memerlukan keberanian untuk menyeberangi lautan..Anda seharusnya tahu berenang..ini kerana sekiranya berlaku semasa anda dilautan..kemahiran berenang dapat membantu anda menyelamatkan diri.

7) Tawakal dan Berdoa 

Kita sebagai umat Islam seharusnya tahu walaupun kita ditimpa kesusahan, ada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang..berdoalah kepada Tuhan dan meminta kepadaNya agar kita sentiasa dilindungi dan diberi kemudahan agar kita dapat menghadapi hidup ini..Walaupun kita sesat, sembahyang dan doa dapat mengurangkan kekusutan dan kesedihan yang melanda diri kita ketika itu..Insya Allah...Allah akan mempermudahkan..

No comments:

Post a Comment

Day 9 (9th of November 2017) Fly back to BKI

Assalamualaikum w.b.t... Lepas check in luggage akak pun bergerak ke kastam, imigrasen, naik train dan ke pintu gate 125...jauh bebeno...