Kupon letak kereta Kota Kinabalu, Sabah bermula pada 01 Oktober 2014 yang lalu...masa aku p parking kereta di yang bernombor hijau...heran jugalah sebab kita parking dah lebih masa yang sepatutnya..tapi belum ada lagi kupon letak kereta yang selalu pihak DBKK titip kat wiper cermin depan kereta..pastu aku pun sambunglah untuk berjalan2...balik ke parking kereta...ada kertas warna merah diselit kat wiper depan 2...aku fikir kena saman ke apa..pelik..so..aku pergi ke kiosk DBKK yang berdekatan..dia bagi peneranganlah yang dorg dah buat sistem baru...
Kalau korang parking di nombor kuning lebih mahallah berbanding hijau...kalau kuning setengah jam dah RM0.55 sen sedangkan hijau 1 jam RM0.55 sen...jadi aku belilah kupon yang berwarna oren yang berharga RM10.60 sebab aku selalu parking kereta lama2...dalam set kupon nie ada 10 keping kupon...sehelai kupon berharga RM1.05...jadi..kalau parking di petak berwarna hijau kita dapat parking selama 2 jam...kalau di petak bernombor kuning 1 jam jer boleh parking...kupon korang tu haruslah letak kat depan kereta tapi dalam keretalah bukan di luar,,nanti ada yang p curi kupon korang..
Inilah antara 10 keping kupon yang berharga RM10.60 itu...kupon nie sah sehingga tahun 2017..1 kupon berharga RM1.05...lihat harga kat bawah sebelah kanan anda..Jangan lupa gores pada petak Tahun..Bulan...Hari...Jam...Minit..dengan betul..
korang boleh jak tipu2 letak masa korang letak kereta...macam aku nie...parking jam 09.00 am...tapi letak jam 09.30am..ikut keadaanlah...kalau takde pekerja DBKK berhampiran kereta anda..bolehlah buat stail macam aku nie...yang paling untuk masa hujan...dorang memang tidak akan berjalan untuk memeriksa kupon di setiap kereta..hehe..ini mengikut penelitian akulah...kalau nak ikut dipersilakan....kalau rasa ragu2...baik jangan ikut untuk ketenangan hati..
so..yang jarang turun KK 2...boleh beli kupon yang berwarna biru yang berharga RM5.30..kupon biru ini sesuai kepada sesiapa yang parking sekejap jer...yang kupon berwarna merah berharga RM10.60 juga..sama seperti kupon berwarna oren tu...cuma ia janya untuk sesiapa yang parking di petak nombornya berwarna merah..
Kebaikan sistem berkupon baru nie ialah:
1. tidak lagi risau bila kupon hilang atau rosak
2. tidak lagi mencari pekerja DBKK untuk membayar kupon
3. tiada caj penalti apabila tidak membayar.
4. boleh pusing balik masa penggunaan kupon di parking yang berbeza/tempat yang lain.
2. tidak lagi mencari pekerja DBKK untuk membayar kupon
3. tiada caj penalti apabila tidak membayar.
4. boleh pusing balik masa penggunaan kupon di parking yang berbeza/tempat yang lain.
Bagi pekerja yang bekerja di kawasan berkupon..mereka disarankan untuk mengambil kupon jangka panjang iaitu selama 1 bulan yang berharga RM50 (tidak termasuk 6% cukai perkhidmatan)..kalau kupon berwarna hijau...pengguna haruslah mencari petak parking berwarna hijau nombornya...
Ini adalah Undang-Undang Kupon Tempat Parking untuk Bandaraya Kota Kinabalu sahaja..
Seperti yang saya bagitahu sebelum ini...petak kuning yang harganya RM0.50 adalah untuk setengah jam....kalau hijau RM0.50 untuk 1 jam...yang berwarna merah paling mahal..RM1.00 untuk 30 minit..
Cara menggunakan kupon ialah kita gores kepada petak Tahun, Bulan, Hari, Jam, dan Minit...
Pamerkan Kupon dengan jelas dan teratur di atas papan pemuka (dashboard) kenderaan anda.
Jangan tinggalkan kupon terpakai di atas papan pemuka kenderaan anda..
Mempamerkan Kupon yang terpakai adalah Satu Kesalahan