Wednesday 3 December 2014

Kemahiran yang Perlu ada Pada Wanita Tentang Kenderaan


Pengguna jalan raya seperti wanita selalunya dipandang serong oleh sesetengah pengguna lelaki di jalan raya..apabila kita membawa kenderaan pelahan...mulalah kenderaan lain hinkan kenderaan kita untuk lebih laju lagi..

selain itu, wanita selalunya mempunyai masalah dalam mengendalikan kenderaan mereka..mereka selalunya kurang mahir dalam struktur kenderaan mereka lebih mendalam lebih2 lagi pasal enjin kereta..jadi..beberapa perkara yang perlu ada pada wanita untuk lebih dihormati di jalan raya mahupun dimana saja..

1) Memandu Kereta dan Motosikal

Sebelum anda memandu kenderaan anda ataupun menunggang motosikal...perkara wajib yang anda perlu ada adalah mempunyai Lesen Memandu..macam saya...saya ada Lesen Memandu Kelas B2 (motosikal) dan Kelas D (kereta)..adanya lesen ini...anda boleh memandu dengan tenang di jalan raya tanpa rasa takut apabila ada Road Block oleh Polis dan JPJ.

2) Memeriksa Kenderaan Sebelum Memulakan perjalanan.

Wanita selalunya ambil remeh tentang memeriksa kenderaan mereka sebelum memulakan kenderaan mereka...macam saya..main redah jer...apabila sampai stesen minyak...check tayar...agak kempis juga...nasib tayar bukan guna tubeless (tanpa tiup)..jadi kalu kempis sikit boleh jalan lagi..

Tips...check keadaan tayar sebelum memulakan perjalanan anda..kalau tayar dah botak..cepat2lah p tukar tayar bagi mengelak kemalangan dan disaman..check air kenderaan..lampu brek..selaraskan cermin sisi dan tengah mengikut keselesaan anda..wiper..

Jangan lupa apabila sampai masa untuk Servis Kenderaan anda..lihat pada kilometer yang telah ditandakan oleh pihak Servis kenderaan anda...kalau saya...saya ikut jarak kilometer dan bukan bulan yang sepatutnya kita pergi servis...ini kerana saya jarang bawa kereta..jadi minyak enjin masih bersih lagi kalau ikut bulan servis..

3) Tahu selok Belok Jalan

Sebagai wanita...kita seharusnya tahu selok belok jalan raya dengan betul..penggunaan GPS amat berguna kepada wanita apabila berada di bandar..seperti saya..saya selalunya pergi check GPS dahulu untuk mengetahui jalan yang kita tidak tahu..selepas itu..hafal jalan itu mengikut pelbagai arah jalan..supaya senang kita nak ikut jalan mana yang dekat atau jauh untuk sampai ke destinasi yang dituju...

4) Membasuh Kenderaan

Kalau sya...memang agak liat kalau basuh kereta sendiri sebab bukan apa...sekarang musim kemarau..asal nak p cuci kereta...mesti time tu takde air...terus terhapus niat nak mencuci kereta...bila nak pergi Car Wash pula...mesti ada masalah..kadang2 lepas kita cuci...dalam perjalanan pulang ke rumah...tiba2 hujan...kan tak sakit hati..dahlah bersih berkilat kita cuci dia...tiba2 hujan kotor balik...smpai rumah pula air takde...terpaksa tunggu bila lagi nak jalan untuk cuci di Car Wash..

Tips nak cuci kereta kalau nak berjimat...cuci sendirilah kat rumah kalau takde masalah air...tapi kalau ada masalah air tu...sebulan sekali boleh cuci kereta di Car Wash..itupun tengoklah tahap kekotoran yang ada kat badan kereta tu..

4) Isi Minyak

Bagi sesetengah wanita mesti mempunyai masalah tentang mengisi minyak..sampai ada yang minta bantuan daripada pekerja stesen minyak itu..kalau aku paling suka isi minyak...iyalah..kita dapat tahu berapa penggunaan minyak kita guna dan harga yang sepatutnya kita tahu...so..dapatlah kita bajet berapa nak isi selepas ni.

Tips dari saya ialah isi penuh kenderaan anda untuk mengetahui berapa yang telah kita guna...harga minyak sekarang tidak menentu...kejap naik kejap turun...disini kita dapat lihat berapa yang kita perlu tahu dalam mengisi minyak secara penuh...ada yang kata kalau isi minyak kenderaan beratlah apalah...

tapi apabila isi minyak secara penuh...mesti berlaku pertumpahankan?..hehe..ada cara supaya minyak tidak tumpah...kita boleh selitkan besi dekat tempat kita tekan minyak tu di tahap pertama...apabila muncung minyak terkena minyak...secara automatik minyak akan berhenti mengisi..anda boleh mengisi secara manual sebanyak RM3 hingga RM 5 untuk tambahan isian minyak..ini adalah cara sayalah..

5) Parking Kenderaan

Ramai wanita di luar sana takut apabila melibatkan parking kenderaan mereka...kalau kereta kecil senanglah nak parking...tapi bagaimana yang mempunyai kenderaan besar?..

Tips terbaik adalah cara tempat parking yang sesuai dengan saiz kenderaan anda...lepas tu parking secara membelakang...ikut cara semasa anda belajar memandu di Latihan Memandu...ini kerana ia senang untuk meluruskan kenderaa dengan cara betul kerana adanya cermin sisi dan cermin tengah untuk kita lihat...kalau parking dari depan pula...selalunya mengambil masa yang lama untuk masuk dalam petak dengan betul...

6) Memandu pada Lorong yang sesuai

Perhatian kepada pengguna di bandar terutamanya wanita...mereka selalunya membawa kenderaan pada had laju yang rendah pada lorong laju..ini menyebabkan mereka selalunya menjadi bahan untuk di hon dan dimaki oleh pengguna yang lain...

Pilihlah lorong yang sesuai dengan had laju yang anda guna..sekiranya anda memandu kenderaan tidak laju...bolehlah ke lorong kiri untuk memberi laluan kepada pengguna jalan raya yang laju di lorong kanan..ini menggelakkan pergaduhan dan kemalangan di jalan raya...

7) Lampu Isyarat..

Berhenti apabila Lampu Merah...Jalan apabila Lampu Hijau..Kuning tanda bersedia untuk berhenti...
Semua pengguna jalan haruslah tahu undang2 Lampu isyarat ini bagi menggelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini..


 Yang penting kita seharusnya bijak dalam menentukan arah perjalanan kita...Buatlah perancangan dengan betul untuk memudahkan perjalanan anda dan selamat sampai ke destinasi yang dituju...Ingatilah orang yang tersayang...sayangilah diri anda..

No comments:

Post a Comment

Day 9 (9th of November 2017) Fly back to BKI

Assalamualaikum w.b.t... Lepas check in luggage akak pun bergerak ke kastam, imigrasen, naik train dan ke pintu gate 125...jauh bebeno...