Wednesday 26 November 2014

6 Tips Dalam Berbelanja



Bagi menempuh pada tahun baru 2015, kita haruslah menanamkan sikap bersederhana dalam melakukan pembelian. Lebih-lebih lagi sekarang harga minyak naik dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bakal kita lalui pada tahun hadapan. Jadi, disini saya senaraikan 6 tips dalam kita berbelanja mengikut kemampuan kita.

GST 2015

1)    Senaraikan Barangan Belian


Sebelum berbelanja, kita hendaklah senaraikan barang yang perlu dibeli. Senaraikan barang keperluan yang memang betul-betul kita hendak beli. Bezakan keperluan dan kehendak dalam menyenaraikan barangan. Ini adalah salah satu bagi mengelak kita dari membeli barangan yang tiada kepentingan dan tidak ada dalam senarai kita. Secara langsung, apabila ada senarai barang, kita dapat menghadkan pembelian kita disamping dapat memeriksa harga untuk menetapkan kos perbelanjaan kita di masa hadapan.

2)    Buat Perbandingan Harga


Tanamkan sikap berjimat cermat dalam diri agar perbelanjaan kita tidak melampaui batas. Sebelum membuat keputusan dalam pembelian, bandingan harga dari kedai ke kedai lain agar kita mendapat harga yang lebih murah pada barangan yang sama dan lebih bermutu untuk menjimatkan duit kita.

3)    Jangan Mudah Terpengaruh


Iklan di television, majalah, surat khabar dan media social yang menawarkan promosi hebat memang menarik minat para pembeli lebih-lebih lagi yang ada tawarkan Sale Of The Year..Jadi, sebagai pembeli yang bijak, kita haruslah mengawal nafsu dalam pembelian. Kita haruslah membuat pertimbangan dalam membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan. Kita hendaklah meneliti sama ada barangan tersebut memberi kebaikan dalam hidup seharian kita.

4)    Cuba Tawar-Menawar


Kemahiran dalam tawar-menawar sangat berguna ketika membeli-belah. Lebih-lebih lagi anda sebagai pelancong, peniaga suka menaikkan harga kepada pelancong. Jadi, kita haruslah bijak melakukan penawaran dengan mempelajari budaya dan bahasa mereka agar mereka merasakan kita orang tempatan. Cari maklumat di laman sosial untuk kegunaan anda. Contohnya, apabila kita pergi ke Jakarta dan Bandung, bahasa Indonesia memang senang untuk kita ikuti. Lebih-lebih lagi yang selalu menonton sinetron. Jadi praktikkan apa yang anda pelajari untuk mendapat keuntungan dalam melakukan pembelian.

5)    Elakkan Berhutang


Zaman sekarang rata-rata rakyat Malaysia mempunyai Kad Kredit. Yang lebih menyedihkan lagi ramai golongan muda terjebak dengan hutang sehingga mereka diistiharkan MUFLIS sebab tidak membayar hutang. Selain itu, apabila berbelanja, selalunya golongan ini tidak mempunyai wang tunai yang banyak. Jadi, mereka akan mengeluarkan Kad Kredit mereka untuk membayar barangan yang lebih dari harga yang kita kadang-kadang tidak mampu beli. Tapi dengan sikap ingin memiliki dan bersikap ‘Biar Papa Asal Bergaya’,budaya ini tidak akan lupus sekiranya tiada kesedaran dalam diri masing-masing.

6)    Berteman Apabila Keluar Berbelanja.



Khusus kepada wanita, mereka haruslah mempunyai teman apabila keluar membeli-belah bagi mengelak mereka menjadi mangsa ragut, culik, rogol dan bunuh oleh anasir-anasir jahat. Selain itu, yang sudah berkeluarga, apabila membawa anak-anak untuk keluar membeli belian, mereka haruslah mempunyai sikap bertolak ansur dalam menjaga anak bagi menggelak anak mereka menjadi mangsa culik yang semakin membimbangkan zaman sekarang.

1 comment:

  1. Hai semua,
    Saya akan memberitahu anda rahsia menjadi kaya dalam pelaburan bitcoin “orang yang bijak sepatutnya mempunyai wang di dalam kepala mereka, tetapi tidak di dalam hati.. Setiap hari adalah hari keputusan baru. Pilihan anda untuk menjadi kaya atau miskin & terus bergelut, mula membuat dana yang lebih besar dalam masa 72 jam dengan peniaga yang sah & pro seperti saya, Pelan pelaburan dibuka sekarang dengan pelaburan minimum $200 anda boleh memperoleh $2000 dalam 72 jam.

    Labur $200 mendapat $2,000
    Labur $500 mendapat $5,000
    Labur $700 mendapat $7,000
    Labur $1,000 mendapat $10,000
    Labur $2,000 mendapat $20,000
    Labur $5,000 mendapat $50,000
    Labur $7,000 mendapat $70,000

    Jangan lepaskan peluang yang jelas ini untuk mencapai kebebasan kewangan anda, mereka yang belum bersedia untuk melabur sekarang belum bersedia untuk bersara awal, jangan bergantung pada satu sumber pendapatan, biar kami berdagang untuk anda hari ini dan mula membuat keuntungan untuk anda. Sila hubungi kami Melalui WhatsApp: +1(252)285-2093 E-mel : andersoncarlassettrade@gmail.com

    ReplyDelete

Day 9 (9th of November 2017) Fly back to BKI

Assalamualaikum w.b.t... Lepas check in luggage akak pun bergerak ke kastam, imigrasen, naik train dan ke pintu gate 125...jauh bebeno...