Saturday 29 November 2014

Tempat yang menarik di Sabah yang pernah saya lawati

Tak banyak mana yang boleh aku kongsi untuk misi perlanconganku bersama keluarga dan juga rakan-rakan...yang ada nie untuk perkongsian kepada siapa yang mencari maklumta tentang pelancongan di Sabah...Jadi silalah tengok yee..

1. Tanjung Simpang Mengayau


Bergambar bersama cousin Eida, Ira, Nana dan Shahir menjadi cameraman kami..lepas nie aku yang jadi camare women untuk mereka...








2. Perdana Park Tanjung Aru, Kota Kinabalu


Perdana Park ini sangat cantik apabila di malam hari..kalau siang sesuai untuk sesiapa yang pergi berjogging di keliling tasik...cantik tempat nie..berfungsi sebagai tempat beriadah untuk seisi keluarga... tempat berjogging, taman permainan juga disediakan... dan menjadi tumpuan orang ramai pada waktu malam bagi menyaksikan pertunjukkan AIR PANJUT BERIRAMA...pelbagai lagu dimainkan, melayu, cina, india, semua ada... poco2 juga tidak ketinggalan... 




kadar bayaran untuk meletakkan kereta mengikut jenis kenderaan.
Motor = RM 0.50
Kereta = RM 1.00
Lori = RM 3.00
Bas = RM 5.00


Bersama member2 UMSKAL...kena sound oleh Pak Security..bukan apa...sebelum kami naik tu..kereta banyak lalu lalang..kami sibuk bergambar dijalan raya..alih2 semua naik macam yang dalam gambar tu..


Ini adalah timing lagu yang dimainkan semasa pancutan air berirama...

Selepas ini...gambar untuk hiasan...waktu siang...aku google jer gambar tu...sebab kami pergi malam..so..tak berapa nak nampak sangat keindahan pada waktu malam...yang ada pancutan air berirama..so...silalah lihat pada waktu pagi punya gambar..


Taman Rekreasi


Pancutan air yang kecil ini adalah laluan utama untuk ke tasik besar...


Waktu senja..cantikkan?


Inilah gambar yang ada untuk tatapan semua...yang lain tak berapa cantik..

Pancutan berirama bermula.. gambar nie pun aku google orang punya blog...apapun memang cantik...










kredit picture by Augustine Photography dan Azimashaary

3. Kundasang War Memorial, Ranau

Cantik betul tempat nie...aku pun tak berapa ingat apa yang ada kat dalam tu...main tangkap gambar jak...keindahannya tidak sempat di terokai dan dirasai...sebab memang kami sekejap jak singgah kat situ...takut kemalaman sampai di tempat tinggal kami...










4. Desa Cattle Farm Kundasang

Gambar tak berapa nak umph laa sebab hujan...yang ada nie pun yang terbaik laa..terpaksa redah hujan untuk bergambar...lembu2 pun tak banyak yang keluar...




nasib hujan berhenti...ni pun jalan basah...terpaksa juga bergambar untuk kenangan..


ambil risiko juga nak naik tempat nie..iyalah...jalan licin...berlumpur lagi...nasib tak tergelincir...


buat macam berada di New Zealand..sejuk kononnya..memang sejuklah...lepas hujan..


bukti hujan sampai tudung atas lonyai..senyum jer laa..


5. Poring Ranau/Jambatan Gantung  Kanopi


tempat kami menginap...lupa dah nama penginapan nie..yang penting dekat Poring Air Panas, Ranau..rumah nie ada 4 bilik, dapur kat tingkat bawah..semua bilik ada tandas...senang sikit kalau beramai-ramai tinggal dalam rumah penginapan ini....

Bilik 1 ada katil 2 pasang bertingkat, Bilik ke2 ada katil queen..Bilik ketiga ada 2 katil single dan bilik 4 ada katil queen 1..

tapi sejarahnya...masa nak pulang balik ke tuaran...majoriti kami semua sakit perut...ayat manisnya Chair Red Bear Red...hehe...

kata bapa Anie...tempat nie ada pengerasnya...so..kalau sesiapa jumpa tempat penginapan ini..jangan sesekali meletakkan makanan sesuka hati macam letak kat lantai...sebab ada penunggu rumah tu main langkah makanan yang kita bawa dari rumah...kat mana2 pun sama..sebab kita tak biasa tempat tu...jadi kita tak tahu keadaan dan suasana kat tempat yang kita pergi..


Pagi2 sebelum balik pulang Tuaran..kami p masuk Poring Air Panas...Kita orang nak pergi naik Jambatan Gantung..so sebelum sampai kat sana...kena rempuh hutan nie...naik atas bukit...dahlah rata semua sakit perut..ada yang hedrasi...tak cukup air dalam badan..tapi alhamdulillah...sampai jugalah ke tempat yang di tuju..


sebelum melalui jambatan gantung..kita bergambar dulu..



Tak banyak yang dapat diambil gambar time ni...sebab sibuk buat video..hehe..








No comments:

Post a Comment

Day 9 (9th of November 2017) Fly back to BKI

Assalamualaikum w.b.t... Lepas check in luggage akak pun bergerak ke kastam, imigrasen, naik train dan ke pintu gate 125...jauh bebeno...