Monday, 24 November 2014

Prinsip Untuk Mendidik Diri Sendiri Untuk Masa Depan



Sebelum mendidik orang lain, kita didik dulu diri kita sendiri agar lebih bertamadun dan dipercayai oleh orang lain. Bukan mudah mendidik diri sendiri sekiranya tidak ada kesedaran dalam menginsafi diri dari dibelenggu dosa dan nafsu. Namun, Allah Maha Pengampun dan Penyayang terhadap makhluk-Nya. Insya Allah, adanya keinsafan dalam diri seseorang itu, maka sempurnalah hidupnya didunia dan juga diakhirat.



Sedarnya kita dari kesilapan yang lalu memberi peluang kepada kita ke lembaran yang baru. Disinilah saya tersedar akan kekhilafan diri yang dulunya suka berbelanja dengan agak boros sekali tanpa memikirkan masa hadapan yang menanti. Betapa ruginya wang dan masa yang dibazirkan ke arah yang sia-sia tanpa meninggalkan kebaikan kepada diri kita dan juga untuk masa depan.

Jadi disinilah bermulanya azam baru saya untuk menetapkan iman dalam berhati-hati untuk mendidik diri dalam membuat penyimpanan wang ke akaun simpanan saya.



'Sedangkan Islam sendiri mengalakkan agar umatnya menyimpan untuk kegunaan kita pada hari muka yang memerlukan seperti pengajaran yang Allah gambarkan di dalam surah Yusuf, Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). – Surah Yusuf 12:48'.


No comments:

Post a Comment

Day 9 (9th of November 2017) Fly back to BKI

Assalamualaikum w.b.t... Lepas check in luggage akak pun bergerak ke kastam, imigrasen, naik train dan ke pintu gate 125...jauh bebeno...