Monday, 24 November 2014

Disiplin Diri Anda Dalam Hal Kewangan



Tetapkan diri anda dengan target dalam menentukan jumlah simpanan. Contohnya tetapkan target selama 5 tahun, anda tetapkan berapa jumlah peratusan dari gaji yang anda dapat anda cuba disiplinkan diri untuk menyimpan duit anda ke akaun simpanan yang ada.



Senarai dibawah yang membolehkan anda menyimpan duit secara berdisiplin:-
1) Asnb              (dividen+bonus=8.7%)
2) Tabung Haji (dividen+bonus=8.0%)
3) AHB               (dividen+bonus=6.60%)
4) SSPN             (dividen+bonus=4.25%)
5) SSP  
     >RM10-RM5000 =0.15%
     >RM5,010-RM50,000 =0.45%
     >More than RM50,000=0.75%

Selain itu, beberapa teknik yang membolehkan anda mendisiplinkan diri dalam menyimpankan duit dalam akaun simpanan. Antaranya ialah:-

1) Kumpul duit syiling dalam tabungan

2) Mengumpul wang kertas mengikut warna wang kertas terkini
    seperti Biru untuk RM1, Hijau untuk RM5, Merah untuk RM10, dan Jingga untuk RM20. Not
    RM50 dan RM100 boleh simpan terus dalam akaun simpanan.

3) Mengaktifkan sistem Online Banking 
    untuk kemudahan dalam penyimpanan wang seperti maybank2u, cimbcliks, irakyat, dan banyak
    lagi. Yang ini saya biasa guna dan dijamin selamat sekiranya anda bijak mengendalikannya.

4) Potongan dari slip gaji
    untuk kakitangan awam. Asnb dan SSPN boleh dilakukan dalam kaedah ini. yang lain saya belum
    kaji. Jadi boleh tolong buat pencerahan ya..

5) Buat carta atau nota
     untuk tetapkan berapa jumlah yang digunakan dan untuk disimpan dalam dalam sebulan selepas
     menerima gaji anda melalui pelbagai cara seperti Ms excel, aplikasi Note dalam hp anda ataupun
     secara manual adalah tulis diatas kertas.

6) Sekiranya anda merancang untuk melancong,
    anda bolehlah mencari info dahulu daripada internet untuk menetapkan bajet untuk melancong.
    Kemudian, anda bolehlah asingkan duit ke akaun bank yang anda jarang guna khususnya yang
    anda tidak aktifkan Online Banking. Ini kerana adanya Online Banking akan menyukarkan anda
    untuk menyimpan sebab ingin shopping Online, bayar bil dan seumpanya.

7) Yang paling penting, sediakan untuk wang kecemasan
    ke akaun bank yang lain untuk kemudahan masa hadapan seperti berlakunya kemalangan dan duit
    unuk ke klinik. Ia memerlukan wang dengan kadar yang segera. Ini kerana akaun simpanan yang
    saya nyatakan sebentar tadi mempunyai limit masa untuk mengeluarkannya. Akaun bank adalah
    jalan penyelesaian yang terbaik.

8) Tapi jangan lupa bayar cukai pendapatan.
    Anda boleh check akaun cukai anda di LHDN. Jangan sampai tertangguh bertahun-tahun sebab ia
    lagi membebankan anda dengan kadar faedahnya yang tidak terjangka.

9) Bayar zakat.
     Akhir sekali, bagi mendapat nikmat dan ketenangan dalam dunia dan akhirat, bayarlah zakat
     pendapatan tahunan yang kadarnya ialah 2.5% setahun melalui Lembaga Zakat Negeri ataupun
     secara dalam talian.

Semoga dengan penerangan di atas membolehkan anda mendisiplinkan diri untuk lebih berjimat cermat dan hidup dalam kesederhanaan.


               

No comments:

Post a Comment

Day 9 (9th of November 2017) Fly back to BKI

Assalamualaikum w.b.t... Lepas check in luggage akak pun bergerak ke kastam, imigrasen, naik train dan ke pintu gate 125...jauh bebeno...