Saturday, 29 November 2014

Teknik Jualan Murah


Semasa ada jualan murah, aku selalu tengok harga yang mereka tawarkan. Selalunya bila tanda harga diwarnakan, mesti ada potongan harga diskaun. Tapi bila sampai kaunter untuk membayar, harga asal pula yang keluar dari skrin komputer dorang. Dorang kata tanda berwarna takde diskaun. Erm...terpaksalah aku membayarnya.
Inilah manusia. Pelbagai taktik dikesan digunakan pemilik pasar raya dan syarikat pengedar jenama terkenal untuk memperdaya pelanggan sempena kempen jualan murah lebih2 lagi masa perayaan,cuti sekolah dan Jualan Akhir Tahun. Mereka selalu menaikkan harga lebih tinggi daripada harga asal dan memberikan diskaun untuk menyamai harga sebenar sesuatu produk. Aku memang selalu tengok bila masuk kedai yang sama tetapi berlainan masa je. 
Kadang2 produk yang mereka tawarkan dengan harga murah sudah expire dan kualiti semakin kurang sebab tidak laku..itu pasal jual murah..tapi ada juga yang ok laa..
Lebih bagus lagi beli kat bandle...sudahlah murah, kualiti pun masih baik..cuma kena cuci berkali-kali sebelum pakai untuk keselamatan diri..hehehe

No comments:

Post a Comment

Day 9 (9th of November 2017) Fly back to BKI

Assalamualaikum w.b.t... Lepas check in luggage akak pun bergerak ke kastam, imigrasen, naik train dan ke pintu gate 125...jauh bebeno...