Friday 28 November 2014

Kem Bina Negara Kundasang Sabah...Teringat Kenangan Lalu...

Semalam aku termimpi yang aku berada di kundasang. Terus kenangan semasa bersama-sama teman kampus mengimbau kembali..Jadi sini untuk melepas kerinduan, aku upload gambar yang boleh di kongsi bersama yang lain..Program ini dijalankan pada tahun 2011..


Bersama Daya..Baru sampai dari labuan terus ke kundasang..Nama tempat nie Kem Bina Negara Kundasang Sabah...aku pun lupa dan..kami mengikuti Program yang dianjurkan oleh KPDNKK buat yang kali kedua untuk aku..tarikh program nie sekitar bulan November 2011..sebelum nie aku pernah ikut Program ini Kota Kinabalu dekat One Borneo...best jugalah banyak pengalaman.



Ini dia pengiring kami dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar UMSKAL, Puan Nazariah dan Kak Kiut..lupa namanya..sorry kak..hehe..



Budak-budak UMSKAL...waktu nie hari kedua kami berada disini..Hari pertama perjumpaan bersama-sama budak Matrikulasi Labuan dan AJK KPDNKK..ramai lagi sebenarya..tapi yang ini turun awal ke lapangan..


Sampai tutup mata ambil gambar..jangan jeles kat belakang tu..Gunung Kinabalu yang belum pernah lagi aku daki...Nama jak orang Sabah..bikin malu anak negeri..isk3..


Ini adalah group aku untuk program nie..dua orang pelajar dari Matrik..yang selebihnya UMSKAL..agak tipu juga cara pemilihan ahli nie..hanya aku dan Daya jak tahu..hehe..


Bersama Kak Tie dan Umie Abie..hehe


Acara paling best untuk kami...Flying Fox..memang agak menyeramkan apabila berada diatas..tapi masa mau turun tu...macam semua masalah dibawah pergi oleh terjunan yang dibuat..


Bergambar bersama Angkasawan Negara Mejar Dr Faiz Khaleed


Malam kemuncak..kami membuat persembahan Lagu Kalau Berpacaran...walaupun agak kelam kabut sikit..bolehlah untuk penyanyi amatur macam kami ni nak menyanyi..hehe

sebenarnya ada lagi aktiviti yang lebih menyeronokkan...Ia dipanggil Adventure Game..Aktiviti ini dibuat pada waktu malam..setiap ketua kumpulan seharusnya tau nama anak-anak buah mereka..pastu kami dibawa untuk ke pelbagai tempat untuk menyelesaikan misi kami..misi tersebut sepeti soduko..main angkat telur dengan tali..menyelesaikan masalah..berjalan seorang diri naik ke atas bukit yang ditutupi oleh hutan dan sebagainya...aktiviti ini adalah untuk mengukuhkan persahabatan dan kerjasama terhadap semua ahli..bestlah...


Hari terakhir bersama group...sebenarnya kami nak ambil gambar bersama-sama Gunung Kinabalu tu..tapi macam malu jak dia keluar..


Gambar kenangan semua...rindunya...

Beberapa pemandangan yang menarik di Kem Kundasang  ini..







No comments:

Post a Comment

Day 9 (9th of November 2017) Fly back to BKI

Assalamualaikum w.b.t... Lepas check in luggage akak pun bergerak ke kastam, imigrasen, naik train dan ke pintu gate 125...jauh bebeno...