![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhyxuPejLltywwZFS_51tHDOJmhIa51AmXV1zIUcuEYbv4Hke5Urr7pamWSRqNW1wuzca6qQ2JYKDV2-Gj7me4W7nKxNEDN7d168qePkHdPBvZVmRADFyqBwHYm2OfmS6Q3LZ_8VxvFSE/s1600/br1m+notis.png)
Menurut surat yang dikemukakan oleh LHDN dan juga di laman web e-BR1M itu sendiri, kegagalan melakukan kemaskini akan menyebabkan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2015 tidak dapat diproses.
Jika anda pernah menerima BR1M sebelum ini, maka harus patuh dengan arahan diberikan di dalam surat berkenaan. Pengumuman juga ada dibuat di laman web e-BR1M untuk kemaskini data terkini supaya calon-calon penerima BR1M 2015 akan mendapat wang bantuan BR1M yang telah dijanjikan menerusi Bajet 2015 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia:
- RM950 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. Ia akan dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu RM300 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September 2015.
- RM750 untuk isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000. Ia akan dibayar sebanyak RM200 pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak RM350 akan dibayar mulai September 2015.
- RM350 bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Ia akan dibayar sekaligus pada awal tahun 2015.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai BR1M 2015, pemohon boleh hubungi dua nombor telefon di bawah ini:
- 1-800-88-2716 Talian Bebas Tol LHDN
- 03-88824565/4566 Talian Waktu Pejabat Kementerian Kewangan Malaysia
Jangan terlepas pada 01 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014...Setkan dalam Kalender di telefon canggih anda agar tidak terlepas untuk kemaskini data...Semoga berjaya..
No comments:
Post a Comment