ok...ini pendapat peribadi ya...bagi aku..Akta Hasutan ini memang wajar dikekalkan demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan negara..Tapi pihak kerajaan perlulah membuat kajian untuk perkukuhkan dan dihaluskan lagi akta ini agar mudah difahami oleh rakyat..
Kenyataan sesetengah orang tentang keluarnya Sabah dan Sarawak daripada Malaysia memang melanggar Akta Hasutan. Tetapi jika terdapat suara untuk memperbaiki hubungan kedua-dua kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan tidak boleh dianggap sebagai menghasut. Ini kerana pendapat tersebut adalah membawa perdamaian untuk menyejukkan hati dan perasaan rakyat yang terlibat..
Aku rasa terkilan dan sedih kerana sesetengah pihak cuba memperlekeh nilai kesetiaan yang kami warga Sabah dan juga Sarawak kepada Malaysia umumnya...Berhentilah..Jadilah rakyat Malaysia yang bertamadun dan bijak dalam mengutarakan pendapat anda..Jangan kerana nafsu dan kebencian sesetengah pihak yang mempunyai hati busuk ni mempengaruhi akal dan perasaan anda..
Renung-renungkanlah..
No comments:
Post a Comment